Wednesday, September 17, 2008

kecik bukan sebarang kecik tau tak? ada idea menarik boleh dibuat dengannya

hari ni aku cuti. bukan cuti yang diambil, tapi cuti yang diberi. cuti umum sempena Nuzul Quran. aku sebenarnya tak berapa suka kalau cuti tengah2 minggu ni. mati akal aku (chis, sudah mcm mati pikiran la pulak)

sebagai seorang yang dah pangkat mak budak, aku duduk lepak2 relax2 je kat rumah. percaya? heyyy takde nya pompuan duduk rumah lepak2 ngan relax2 tau tak. macam2 kerja yang dibuatnya. jangan lah tertipu bila aku letak r.e.l.a.x di status YM ye. kamu tidak akan dapat instant reply dari aku pun. hahaha *gelak evil*

kat rumah aku ni ada sebijik (ke sebuah - aahh penjodoh bilangan ni fail lah) akuarium kecik. dah akuarium kecik, tentu lah ikan nya pun kecik2 gak kan. set2 ikan guppy ngan ikan belang2 rimau tu. tetiap minggu budak2 ni kalau boleh nak tambah ikan dalam tu.

danish dia tak berapa minat tengok tv hari ni. asik mengacau aku je. aku suruh dia pergi buat benda lain. jangan kacau mummy aku kata.

dia duduk depan akuarium. menung. celup2 jari dia dalam tu. aku nampak. aku tanya, haaa buat apa tu?

dia jawab - yish tengah fikir ni, ikan ni kalau yish tangkap mummy goreng untuk yish buka puasa nanti boleh tak?

aku - erkkkkkk *terbayang kejadian lebih 20 tahun lepas*

********************

budak perempuan tu comel lah jugak. baru umur 8 tahun masa tu. tapi dia tak berapa nak kawan sangat dengan budak perempuan lain yang asik ajak main perantin2, masak2, solek2 guna gincu mak, tak menarik ah!. dia lagi suka redah parit paya dan main senapang kombet guna bijik ntah-apa-benda-tak-ingat jadikan peluru. satu hari geng2 dia sudah racun ajak pergi paya tangkap ikan. selama ni kalau pegi paya dia selalu kena tinggal.

petang tu lepas balik sekolah kebangsaan dia pun siap2. perghh semangat berkobar-kobar lah. siap cilok tapis kelapa mak isi dalam plastik nak dijadikan tangguk ikan. abis, mana ada benda lain lagi dah nak guna. tangkap pakai tangan? bakal melopong je lah.

sampai paya, masing2 semua ghairah menyeluk tepi2 dinding paya. gagau2 bawah apa-jadah-nama-tumbuhan tu. dia takut. mana lah tau ada ular ke keluar dari situ kan. makanya, dia hanya menapis (menangguk?) di bahagian yang tenang tanpa gangguan budak laki2. kawasan tu banyak sungguh daun2 terapung. alaa yang macam daun teratai tu. heaven giler bila dia dapat menapis (menangguk?) ikan2 kecik yang bewarna hitam tu. kepala kecik je, ekor tirus2. nak penuh satu bekas, dia pun ajak geng balik. lagipun dah nak senja ni. semua pakat setuju. berani lah tak setuju, dia pemerintah dalam geng itu tau tak.

sampai je rumah, budak tu letak bekas tu dekat pintu dapur. mak dia marah sambil bising tanya mana pergi tiba2 lesap la, kenapa tak jaga adik la, kenapa tak bawak adik sekali lah. hishhhh. budak tu tak jawap apa pun. tapi dia kata dengan tenangnya "tu ada ikan kecik2 akak tangkap, karang mak goreng lah eh".

tau apa jadi lepas tu? budak tu kena dengar mak dia cerita pasal benda tu pada semua cik kiah, cik gayah, cik eton, sik nora keliling kampung dekat nak setahun. ayah dia pulak libas dengan rotan halus. tapis kelapa tu pun kena lesing entah kemana malam tu jugak.

sehingga ke hari ini bila budak perempuan tu dah jadi mak budak pun, kalau mak budak itu goreng ikan kecik2 hatta ikan bilis sekali pun, sekali - sekala dia pasti akan sebut tentang perkara ini. budak perempuan itu yang sekarang dah jadi mak budak hanya mampu berdoa dalam hati, jangan lah ada yang mengikut nanti.

agak2 kamu semua, budak perempuan 8 tahun yang comel tu tangkap apa eh? nggeeee

**************

sekarang, aku hanya mampu berkata Tuhan uji sikit je tu. ikan dari dalam akuarium je. dia belum buat macam yang aku buat kat mak aku pun kan.

ambik ubat!

30 comments:

Kikuri-hime said...

Tangkap brudu ek? Aku agak je.. sebab mcm pernah berpengalaman camni mase bebudak dolu...

Nuruddin Abu Bakar said...

nice entry. mcm tgk iklan raya. Bole submit dgn petronas.hehe

Anonymous said...

Tangkap tadpole kah? Ke anak dugong? Wakakaka! :P

Danielle_Corleone said...

hahaha! chantek punya idea.

fadzil hafiz said...

ikan2 kecik tuh klu goreng garing2 aku rase mesti sedap!!!ranguppppppp......

Hajime said...

laa...
berudu ke..
ingat anak ulor ke ape ke...

l.i.f.e said...

chegu princess - ha'ah...owh really? abis tu kena rotan tak?

facet - hahaha...ye lah tu

popo - tadpole..kamu kenal tak macam mana rupa tadpole? kat sana ada tak? nggeeee

nel - kesan libasan rotan halus pun cantik gak tau

padel - iyeekkkk...kalau pikir2 balik, tak sanggup aku...geli seyhhh

hajime - ya! aku mana tau baby katak mcm tu rupanya..isks

Don Balon said...

kuskuskus..
.. memanc meragas paya jugek aok maser kecik2 dulu yek life.. hehe

l.i.f.e said...

don - hehehe..abis itu je entertainment yang ada dulu2. adventure kan?

pandagumuk. said...

naseb mak x goreng kasi makan kasi pengajaran.hehe.

Don Balon said...

ha'ah..
koi belakang rumoh pak ghani tu ada paya..punya la luas..hujung tahun air naik...
naik batang balak berakit..best woo..

Ojie said...

hahaha sama la kita sis..kecik2 dulu ojie tangkap ikan gak kat parit blkg umah sbb tade paya..ojie tangkap ikan kecik2 tuh apa nama dia tah..masa kecik2 mana tau geli2 nih..ptg2 pulak redah semak tangkap belalang..then pi patah2kan kaki dia..huhu kejam dan sadis sungguh masa kecik2 dulu..mana la kita nih xkena libas ngn mak..kenangan sume tuh :-)

Ayu Hasman said...

lalalala....i pun penah wat camtu :P
ikut abg g men longkang :))

Rahimin Idris said...

woi, goreng ikan laga tahan la juga. berudu tu buat budu je tau tak! haha

l.i.f.e said...

panda - hehehehe...tak terbayangkan. btw, tq singgah

don - sama ah! kalau ujan, tutup sikit laluan air, perghhh meriah kami dalam tu...hahaha

ojie - org yg tak kawan sgt ngan budak pempuan cam gitu lah kan?

ayu - kesian orang bandar ni. main longkang je...hahaha

min - weihhh...boleh tolong jangan imagine yang pelik2 tak? loya tekak aku ni haaaa

yoshz said...

Sperma pun rupa mcm berudu jugak.
Ntah ntah...
ah tak ada apelah.

l.i.f.e said...

iyewww yoshzzzzz!!!
kamu ni!!!
hishhhhh

saat omar said...

elehhhh tak suka cuti konon...workaholik sangatlah tuuu...

Diana Ishak said...

beb, nak lagu tu beb...
aku gian ni.

l.i.f.e said...

saat - betul lah, kalau awal ke ujung minggi, baru best sikit

di - nanti aku send kat ym or email

poyotito said...

smart entry ni..
orang tua memang suka bercerita.
gua kena gantung sekolah dulu pun habis dia cerita kat jiran2 semua.
haih..

yoshz bongok siol!!!

tasekM said...

wah... geng la kita ni.. main2 parit.. main2 longkang.. ha ha.

Anonymous said...

Tentulah tau mcm mana rupa tadpole sis. Yg pasti tak sejibik mcm katak! Haha. Mcm basil seeds with tails. Or mcm si yoshz type kat atas tuh, cuma tadpole besar sket. Haha! :P

Rajuna said...

klau dia suh goreng kucing lagi haru..

l.i.f.e said...

poyotito's - haihhh, biasa lah tu org tua. kalau dia tak cerita, orang lain yg tolong ceritakan

tasik - hahaha...agak2 budak2 mengikut perangai tak nanti...hishhh mintak jauhkan

popo - hehehe...kalau katak tak de lah sis tangkap dia...haihh yoshz tu jgn diikut, otak dia sis rasa segala kuman dia boleh nampak tu...turus mata

bang juna - kucing takde. mereka elergik. (whoaa aku teringat kisah kucing pulak...isks)

Denanz ... said...

harharhar. bile sebut "ikan kecik warna hitam. kepala kecik je, ekor tirus2" gua dah gelak.
harharhar.

apek terror said...

lepas goreng...ape rase itu berudu hah??? sedap x???

l.i.f.e said...

bro nanz - pesal gelak eh? adakah pikir macam yoshz juga?

apek - hhmm tak goreng pun...dia dah lesing bekas tu ke longkang dulu

man_helang said...

aku cam nak test jek rasa berudu camne...betul ape si rahimin tu ckp...ha ha ha...tak mkn budu la aku lps nih...

indah-chan said...

haha.. mmg jaman budak2 dulu ske adventure. game2 pompuan xlayan. mmg kebanyakan junior2 geng aku mase kecik dulu pun tend to tangkap brudu tu dan siap xcaya bende tu blh jadi cik katak. haha.. tangkap dan simpan la lek lok. tak pun.. goreng ala2 rangup gtu.. euuwwww

p/s: sape ajar buat budu pakai berudu pulak ni? aihh.. sensitip tol la. haha emo pulak.