Thursday, September 11, 2008

kitar semula bukan sepatutnya untuk kebaikan di masa hadapan ke?

permasalahan orang macam aku ialah bila orang jaga duit di pejabat itu tidak dapat membuat pembayaran bil telefon selagi bilnya belum sampai. bukan tak boleh aku dulukan bayar, boleh saja, tapi nanti bila mahu tuntut semula, mulalah segala nombor nak diperiksa. itu pencerebohan terhadap privasi aku. tidak rela tahu tak!

akhirnya, sudah beberapa kali MAXIS yang cekap itu menyekat talian aku.

untuk saat2 kecemasan, aku pun pergi lah beli talian prabayar. MAXIS jugak, iaitu HOTLINK. tak serik2 mahu guna MAXIS kan? nombor pun cantik saja. 012 - xxyxyxy

TAPI!

apa ceritanya, asal telefon berbunyi saja si pemanggil itu minta mahu bercakap dengan Encik Zul? kalau SMS pulak, asik lah bertanya tentang tanah, galian, kontrak, kelulusan budget dll. apa tuh?

tak sabar2 betul MAXIS kitar semula nombor ye?

aku sudah seperti operator telefon pulak semenjak dua menjak ini

*sigh*

15 comments:

Cik-Gie said...

dulu aku kerja di maxis.
nombor cantik2 mmg recycle number.
aku plg benci kalau cust tanya psl ni.

they cant do anything about this, dear!

fadzil hafiz said...

ko kan tuan tanah kedaung yg ada rumah sewa atas pokok tuh!!!kaya tuh....

l.i.f.e said...

cikgie - hehehe...tu lah, dah duk on silent mode je phone tu...biarkan! :|

padel - hahaha..apa ni? takde kene mengena langsung :))

Anonymous said...

ok lagi tu.
kena orang call cakap tamil or cakap mandarin? sape nak jawab? tiada talian hayat tau.

tapi betul la. banyak nombor lawa-lawa. rasa macam mau tukar nombor je. hehe

Hajime said...

fuh...
seb baik aku penggune hotlink sejak azali...
nak wat camane...
no dah abih...
tu yg digi n maxis share 014 tu...

Ojie said...

sis, gua pn sama..masa memula gua pakai no dg nih ada je org indon call mau ckp sama kwn dia..huhu hangin ajer rasa..

means, bkn maxis saje yg cpt buat kitar semula nih..hehehe

Rahimin Idris said...

dzulkarnain mohamad ke? dia pernah pakai maxis dulu. lepas tu hilang hp dia. betul.

l.i.f.e said...

shahril - mandarin ok lagi kut. boleh la jugak. dapat tamil, mampus :))

hajime - hhhmm ramai jugak orang yg pakai prepaid ni ye :-?

ojie - hahaha kesian kamu. sis kalau dgr suara begitu je, terus letak. guweyy ngak pernah ada urusan sama kamu donk! :))

l.i.f.e said...

min - nombor dzul tu cantik tak? dzul pegawai tinggi gomen ke? hhhmmm kalau ye mungkin lah :-?

apek terror said...

oh lu operator gua ingt lu keje ape sebelum nie...haha..
*gelak guling gua..

l.i.f.e said...

apek - hishhh lu nih! meh sini nak lempang sekali :-?

Nuruddin Abu Bakar said...

Nombor aku skrg pon recycle dan gosh, pernah satu kali nama yg si pemanggil cari tu betul-betul sama nama ngan nama aku.

terperangkap aku dengan teka-teki bodoh masa tu.Haha

Tapi bukan Horlink :D

l.i.f.e said...

facet - nasib ah kan? aku tak habis siksa lagi ni...hari2 ada je :-j

btw, kamu ni laki ke pompuan eh? sori tak dapat teka :D

Adexx Boxx said...

pasti enchek zul itu pegawai pejabat tanah atau seorang kontraktor atau MB atau exco kerajaan negeri atau....emmmm curious!!
dia ada cerita pasal projek juta2 dak? mark-up harga ka...pasal tender jalan belakang ka???

BPR

l.i.f.e said...

pkp - sudah dpt ckp dgn isteri beliau pun. pelik jugak bila she didnt know he dont use that number anymore. he's one of the high ranking officer in a municipal council