Saturday, September 27, 2008

tentang aidilfitri dan persiapannya

raya dah nak dekat. tanya aku tentang persiapan? jawapnya, belum ada apa2. nak beli baju kurung?, baju yg ada pun tak terhabis pakai. buat kuih?, ahhh ambik dekat adik saja nanti. kemas rumah?, hhmmm itu boleh buat dalam sehari dua ni. rumah sarang merpati bukan besar sangat pun. hiasan rumah?, owhh tidak. aku tidak suka benda2 yg mengumpul habuk.

yang tinggal dan penting, persiapan untuk anak2 sahaja. tiap2 tahun mahu baju melayu baru, songkok baru, sandal baru, kasut baru dan macam2 lagi lah.

makanya walaupun diketahui aku akan jatuh sakit selepas pergi ke Jalan TAR itu, aku pergi juga. hanya disitu yang ada baju melayu siap yg cantik jahitannya. parking pun satu hal juga. dah jalan dalam kesesakan yang ada pelbagai bau tu, aku dah loya tekak. peluh dah terbit di dahi, hidung, tangan dan tengkuk. ahhh, the sign dah datang. tapi apa barang pun tak cari lagi ni. badan pun dah menggigil-gigil.

pergi kedai baju melayu. nasib baik ada kerusi boleh duduk sementara carik baju melayu budak2 ni. lepas beli baju melayu, songkok dgn butang baju aku macam dah tak tahan. diajak lagi cari benda2 lain, memang dah tak larat.

aku ajak balik saja. masuk kereta dan flat terus. mahu pitam. muntah.

aku memang elergik betul dengan tempat itu. tiap2 tahun pun macam gitu. sesak+bau+himpit+stuffy = buat aku sakit.

nasib lah raya sekali saja dalam setahun.

Friday, September 26, 2008

salam-bersalaman, tanda persahabatan, apa2 yg silap, harap dimaafkan

hehehe...aku suka pantun2 ini. dihantar melalui email tuju2 oleh seorang doktor pakar yang sangat masyhur dan selalu keluar tv. he said, doctors need a gud laugh too. sila senyum ye

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Thursday, September 25, 2008

i had a gud laugh, hope u did too :))


sila tengok video ini. kreatif bukan? boleh kalahkan cerita2 seram si dzul ataupun cerita2 angker si hajime kan? dan boleh juga kalahkan cerita abang basikal yang malang yang dibuat dek budak jahat tu kan? :))

mula2 nak post the video yang dapat dari email je, tapi problem lah pulak. tengok kat tiubanda ada lah pulak. tepek je lah sini. enjoy lah!


Wednesday, September 24, 2008

semua perempuan memang menawan lah!

dulu2 masa aku duk carik ilmu kat negara jauh sana, aku kerja. nak pegi kerja kena cycle dalam 20 minit. ini antara lagu yg aku nyanyi sepanjang perjalanan. mula2 dengar dekat apa kedai record pe nama entah. macam best. then dengar mamat main gitar nyanyi kat underbridge.

to all ladies, this song is for you. all of us is gorgeous in our own way. rite?


Monday, September 22, 2008

when i said babies are meant to be fair, it only happened in my fantasies (i guess)


semalam time aku bosan2, aku check semula semua email lama, old yahoo account, yahoogroups dll. aku terjumpa semula gambar2 yang diletakkan dalam salah satu group yang aku join. ex-coursemates. macam2 gambar ada situ. among them of course lah babies kan. bila aku tengok, my danish pic is there. tengok lagi, my best friend's son is there too.

lalu aku berkata dalam hati, "owhhhh no wonder im a bit sceptical with darker babies". sorry kalau ada yang marah, terasa hati, offended or anything like that. tapi entah kenapa lah, aku selalu sangat associate babies are suppose to be fair (putih ke kuning langsat ke pink ke). not dark. mind set aku ni dah payah nak betulkan dah. bayang lah, aku takut nak pergi visit ofis mate aku masa dia deliver. semata aku takut aku terkeluar kata2 seperti "napa baby ni tak putih" or "why is she so dark". to make up for that silly action, aku beli hadiah mahal2. *sigh*

my boys tak de lah fair sangat pun. but my friend's son is fair. korang tengok lah the attached pics. they reminds me of sin chan. nak gigit2 je. hehehe


* aku tak jumpa gambar mamat ni time dia baby. nanti lah survey lagi. so for the time being, letak yang ni je lah dulu. dulu2 aku selalu kacau dia, heyyyy hidung besar, janganlah makan rumah, makan lah nestum ni. jahat kan mummy dia ni. btw, ini daniel a.k.a mat hensem besar @ mat hensem pertama @ abang *


* arghhhh dia geliat...ini pic danish @ mat hensem kecik @ tenontet yang paling baby lah kiranya aku jumpa. dulu2 aku selalu gigit dia. kesian *


* this is haziq. my fren's son. dia memang mcm sin chan betul2 kan. gerammmmmmm*

ini lah jadinya bila level of tolerance aku dipersoalkan

aku,

1. tak suka orang jalan seret selipar / kasut tapi tak pe, aku jalan jauh dari kau
2. tak suka orang makan mulut dia berbunyi kecepah kecepeh tu tapi tak pe, aku tak makan dengan kau
3. tak suka orang tak reti jaga bau mulut tapi tak pe, aku tak bercakap dengan kau
4. tak suka orang yang suka ketuk2 jari dia kat pinggan bila tengah makan tapi tak pe, aku buat pekak
5. tak suka orang yang merokok lepas tu hembus asap rokok dia suka2 hati mak bapak dia arah ke mana pun tapi tak pe, aku tak ada depan kau
6. lebih lagi tak suka pada orang yang hisap rokok TAPI cakap dia tak hisap rokok. agak2 lah nak menipu pun kan. tapi tak pe, dosa menipu tanggung sendiri
7. tak suka orang rosakkan harta benda aku dan buat tak tahu saja. tapi tak pe, aku boleh baiki sendiri
and the list could go on and on and on and on........

sekarang, mana kau rasa aku belajar perangai TAK PE ni?

Sunday, September 21, 2008

perisa strawberry and cream memang "syaiton" in disguise

dua tiga hari ni aku kurang sihat. tekak aku dah bengkak semula. giler perit nak menelan. kalau aku cakap aku elergik pada air yang tak masak, orang selalu akan kata aku mengada2. haihh, aku pun minum je lah air yang dibeli di pasar ramadhan tu. malas nak bersoal-jawab. sakit tanggung je lah. so true, senja aku minum, paginya tekak aku dah buat hal.

aku malas nak pegi tengok doktor. balik2 ubat yang sama. aku fikir, telan strepsils menthol dalam 10 bijik ok lah nanti.

aku singgah stesen minyak. pegi atm tengok duit. isks sedih. dah banyak kurang. ini semua ISETAN yang menyetan lah ni punya pasal. dah ambik duit aku pegi kaunter carik strepsils. angkat dalam 5 peket. jadilah. tu pun dah 30 bijik tu. congak2 dalam otak, iskss rm15 gak tu. aku letak kat atas kaunter. sekali terpandang balang lollypop. iyer tuan tuan dan puan puan, encik encik dan cik cik semua, aku memang hantu lollypop. nak nak lagi yang perisa strawberry and cream tu. elok je perisa tu ada banyak depa cucuk kat lubang2 balang tu.

aku tanya adik kaunter, "ni berapa sen satu?". dia ambik satu, scan dan jawab "60 sen je kak"

aku kata dalam hati, "perghh murah ni, selalu depa jual 80 sen satu kat 7E"

kemudian aku kata "ok, tolong akak cari yang macam ni 10" (sambil tunjuk satu perisa strawberry and cream yang aku dah pegang"

dia pun duduk lah mencari satu - satu.

tiba2 dia bersuara.

"errrr kak"

aku jawab, "ye, napa?"

dia senyum sambil tunjuk plastik lollypop yang aku pegang lalu jari dia bergerak ke mulut aku.

alamaaaaakkkkkkkkkkkkkk!!!!

malu sungguh!!!!

cepat2 aku tunjuk sign tangan "tunggu kejap!" lalu berlari pantas mencari tandas untuk berkumur - kumur.

tapi aku yakin, tak sengaja tak mengapa kan?

aku teruskan berpuasa hingga ke maghrib.

Saturday, September 20, 2008

m.a.l.a.s

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri di mana semua rakyatnya amat RAJIN-RAJIN belaka, tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku.

Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam sejenak..

Tiba2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata : "Tuanku! saya adalah yang paling malas".
Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"







budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

p/s aku sebenarnya tengah tak tau nak cerita apa. ada pun semuanya yg sengal2 belaka. entry kat atas tu merupakan email yang aku dapat semalam. macam tau2 je aku tengah malas :D

Wednesday, September 17, 2008

kecik bukan sebarang kecik tau tak? ada idea menarik boleh dibuat dengannya

hari ni aku cuti. bukan cuti yang diambil, tapi cuti yang diberi. cuti umum sempena Nuzul Quran. aku sebenarnya tak berapa suka kalau cuti tengah2 minggu ni. mati akal aku (chis, sudah mcm mati pikiran la pulak)

sebagai seorang yang dah pangkat mak budak, aku duduk lepak2 relax2 je kat rumah. percaya? heyyy takde nya pompuan duduk rumah lepak2 ngan relax2 tau tak. macam2 kerja yang dibuatnya. jangan lah tertipu bila aku letak r.e.l.a.x di status YM ye. kamu tidak akan dapat instant reply dari aku pun. hahaha *gelak evil*

kat rumah aku ni ada sebijik (ke sebuah - aahh penjodoh bilangan ni fail lah) akuarium kecik. dah akuarium kecik, tentu lah ikan nya pun kecik2 gak kan. set2 ikan guppy ngan ikan belang2 rimau tu. tetiap minggu budak2 ni kalau boleh nak tambah ikan dalam tu.

danish dia tak berapa minat tengok tv hari ni. asik mengacau aku je. aku suruh dia pergi buat benda lain. jangan kacau mummy aku kata.

dia duduk depan akuarium. menung. celup2 jari dia dalam tu. aku nampak. aku tanya, haaa buat apa tu?

dia jawab - yish tengah fikir ni, ikan ni kalau yish tangkap mummy goreng untuk yish buka puasa nanti boleh tak?

aku - erkkkkkk *terbayang kejadian lebih 20 tahun lepas*

********************

budak perempuan tu comel lah jugak. baru umur 8 tahun masa tu. tapi dia tak berapa nak kawan sangat dengan budak perempuan lain yang asik ajak main perantin2, masak2, solek2 guna gincu mak, tak menarik ah!. dia lagi suka redah parit paya dan main senapang kombet guna bijik ntah-apa-benda-tak-ingat jadikan peluru. satu hari geng2 dia sudah racun ajak pergi paya tangkap ikan. selama ni kalau pegi paya dia selalu kena tinggal.

petang tu lepas balik sekolah kebangsaan dia pun siap2. perghh semangat berkobar-kobar lah. siap cilok tapis kelapa mak isi dalam plastik nak dijadikan tangguk ikan. abis, mana ada benda lain lagi dah nak guna. tangkap pakai tangan? bakal melopong je lah.

sampai paya, masing2 semua ghairah menyeluk tepi2 dinding paya. gagau2 bawah apa-jadah-nama-tumbuhan tu. dia takut. mana lah tau ada ular ke keluar dari situ kan. makanya, dia hanya menapis (menangguk?) di bahagian yang tenang tanpa gangguan budak laki2. kawasan tu banyak sungguh daun2 terapung. alaa yang macam daun teratai tu. heaven giler bila dia dapat menapis (menangguk?) ikan2 kecik yang bewarna hitam tu. kepala kecik je, ekor tirus2. nak penuh satu bekas, dia pun ajak geng balik. lagipun dah nak senja ni. semua pakat setuju. berani lah tak setuju, dia pemerintah dalam geng itu tau tak.

sampai je rumah, budak tu letak bekas tu dekat pintu dapur. mak dia marah sambil bising tanya mana pergi tiba2 lesap la, kenapa tak jaga adik la, kenapa tak bawak adik sekali lah. hishhhh. budak tu tak jawap apa pun. tapi dia kata dengan tenangnya "tu ada ikan kecik2 akak tangkap, karang mak goreng lah eh".

tau apa jadi lepas tu? budak tu kena dengar mak dia cerita pasal benda tu pada semua cik kiah, cik gayah, cik eton, sik nora keliling kampung dekat nak setahun. ayah dia pulak libas dengan rotan halus. tapis kelapa tu pun kena lesing entah kemana malam tu jugak.

sehingga ke hari ini bila budak perempuan tu dah jadi mak budak pun, kalau mak budak itu goreng ikan kecik2 hatta ikan bilis sekali pun, sekali - sekala dia pasti akan sebut tentang perkara ini. budak perempuan itu yang sekarang dah jadi mak budak hanya mampu berdoa dalam hati, jangan lah ada yang mengikut nanti.

agak2 kamu semua, budak perempuan 8 tahun yang comel tu tangkap apa eh? nggeeee

**************

sekarang, aku hanya mampu berkata Tuhan uji sikit je tu. ikan dari dalam akuarium je. dia belum buat macam yang aku buat kat mak aku pun kan.

ambik ubat!

ah! bila aku suka tak ada lah pulak

aku tengah amat suka pada iklan DIGI yang terbaru. roaming promo tu.

tapi tak de lah pulak kat youtube.

kat tv pun baru sehari dua ni je rasanya ada.

penat ah jugak nak explain kat mat2 hensem tu, negara mana, tu orang mana, apesal muka mcm gitu, apa benda yang dia tiup tu, apa benda yang dia main tu, etc.

paling tak tahan tu bila diorang kata, nak pegi sana boleh tak mummy? perghhh...ingat signature gabenor kat semua RM tu signature aku gamaknya.

kalau rajin pegi lah tengok kat sini --> http://www.digi.com.my

orang kuning itu juga comel menjadi conductor.

Tuesday, September 16, 2008

tak sangka-sangka jawapan dia macam tu

hari ni, syukur Alhamdulillah dua2 mat hensem puasa. kesian, masing2 macam ayam berak kapur je tak larat. si mat hensem kecik pulak pukul 6.30 petang monyok2 mintak nak minum air. puas lah juga memujuk dia. kalau tak, kan rugi je puasa dari pagi sampai petang.

lepas berbuka je, dua2 dah segar bugar buat bising sambil tengok tv. si abang sambil tengok tv sibuk checking the new games yang baru install dalam handphone. sambil tu tak henti2 dia bertanya "macam mana nak main game ni?". asal tukar game je, tanya lagi "macam mana nak main game ni?". berkali-kali. adalah dalam 5 game baru dalam handphone tu. bayangkan lah, aku pun bingit. dah lah aku tak keje nak main game tu. kena ignore je lah soalan2 dia.

tiba-tiba satu suara kecik kedengaran, "bising lah abang ni, main game guna tangan lah, takkan lah guna kaki pulak"

haaa..ambik!

aku gelak rabak.

Monday, September 15, 2008

tak perlu berkata-kata, tengok saja sudah



satu hari nanti kalau ada antara mereka yang jadi menteri yang corrupt, tak mengapa. aku ada simpan gambar2 mereka. once, u guys did make my day :D

terlalu banyak perkataan KUIH BAKAR dan PAK LANG boleh menyebabkan kolam air mata aku tumpah

kamu tahu apa itu kuih bakar tak? bulat ada mcm kelopak bunga. selalunya berwarna hijau. traditionally, kuih ini dibuat dengan membakar acuan di bahagian bawah sahaja. iskss, susah lah nak explain. kuih ini adalah kuih kegemaran arwah adik (refer entry ini).

satu hari kedua-dua mat hensem bawak balik kuih ini dari pasar ramadhan. bila dikeluarkan dari plastik aku sudah seperti mahu menangis. kemudian, mereka berdua tidak sabar2 bergilir2 bersuara mahu bercerita tentang kuih itu.

abg - mummy, abang beli kuih bakar yang pak lang suka ni
*aku diam*

adik - tak lah, yish yang nampak kuih bakar yang pak lang suka ni dulu
*aku diam*

abg - tapi abang yang suruh daddy beli kuih bakar yang pak lang suka ni
*aku diam*

adik - yish tengok kuih bakar yang pak lang suka ni yish teringat kat pak lang lah mummy
*aku diam lagi*

abg - ahah la mummy, abang pun. dulu kalau beli kuih ni mesti pak lang yang ambik dulu kan?
*aku masih diam*

aku memotong kuih itu mengikut kelopak yang ada.

adik - mmyy, dulu kalau opah dah potong kuih ni, yish dengan abang mesti ambik cepat2 makan. kalau tak nanti pak lang makan habis (kemudian dia gelak)
*aku senyum*

abg - ahah mummy, kalau tak nanti pak lang tinggalkan dua je, satu abg punya, satu adik punya
*aku senyum*

sudah siap semua, aku pergi masuk bilik dan menung. mereka berdua mengikut.

abg - mummy sedih eh pak lang dah tak de?
*aku angguk*

adik - mummy ingat pak lang eh?
*aku angguk lagi*

serentak mereka menjawab - abg pun, yish pun

aku semacam mahu meraung.

tahun ini tahun pertama aku beraya dengan kekurangan seorang adik. entah macam mana lah rasanya nanti.

Sunday, September 14, 2008

cerita azan dengan putu maya karin memang berkaitan

haha....aku gelak dulu sebelum bercerita ok. i cant resist it.

cerita satu,
dua hari ini, aku berjaya memujuk kedua-dua mat hensem berpuasa penuh hingga ke waktu berbuka. ALHAMDULILLAH

yang kelakarnya selama dua hari ini, kejap2 kedengaran suara budak AZAN dalam rumah aku, kemudian disusuli dengan soalan "dah boleh buka tak mummy?, tu dah azan tu". padahal mereka berdua yang bergilir-gilir mengalunkan azan itu.

aku macam nak gelak tak nak gelak saja. tak larat nak gelak dah. dari tengahari sampai ke senja asik gelak sebab budak kecik AZAN pun tak elok juga kan. makcik depan rumah pun siap bertanyakan siapa yang kejap2 azan tu? :))

cerita dua,
aku membaca sambil berbaring di bilik. mat hensem kecik datang dekat aku bertanya makan apa untuk buka puasa. dia minta aku gorengkan ayam (his favourite). aku kata ok.

kemudian dia tanya aku lagi, aku mahu apa dari pasar ramadhan bila dia pergi ikut daddy nanti. aku kata tak apa, tak payah beli apa2 untuk aku (sebab aku plan nak goreng jemput2 bilis). lalu dia bertanya pada aku "yish belikan mummy PUTU MAYA KARIN boleh eh?"

pecah ketawa aku disitu. cuba kamu semua bayangkan apakah bendanya itu.

*sekarang mereka berdua sedang menonton PINGU di komputer, sudah marathon 2 cd selepas berbuka tadi*

dia kata dia pandai - OK, dia kata dia bijak - OK, dia kata dia malu - TIDAK OK!



kedua-dua gambar adalah budak yang sama. mat hensem pertama. yang bertopi tu masa umur dia exactly satu tahun. yang sebelahnya, posing dalam kereta masa dia dah nak masuk 2 tahun. sekarang dah besar (kata dialah). dah pergi sekolah. entry ini memang khas aku buat untuk dia.

satu,
aku memandu. dia duduk disebelah. macam tuan besar. siap bersilang kaki. radio tengah berkumandang lagu IM YOURS by MR. MRAZ. to my surprise, he was singing the song word by word. tapi adalah satu dua words yang aku betulkan sebutannya. lagu habis, aku pun bersembang dengan dia.

aku - abang, mummy impressed ni. u can sing the song dah eh?
dia - *sengih lebar tunjuk gigi kecik2* ahah, abang dah hafal
aku - how so? mummy tak tau pun
dia - ada dalam computer lah. abang suruh daddy letak video yang ada tulis2 tu sekali (he meant the lyric)
aku - owhhhh ye ke. cepat betul hafal eh?
dia - *sengih* abang kan PANDAI mummy
aku - *senyum* ye lah kan. anak mummy memang PANDAI
*dalam hati, ALHAMDULILLAH*

dua,
kami tengok tv. dah agak lewat jugak. aku suruh dia tidur pun dia tak mahu2 jugak. sibuk nak tengok music video yang entah apa2 tu. kemudian keluar lagu BAD DAY by Daniel Powter tu.

dia - mummy, ini lagu ALVIN kan?
aku - *kerut dahi dulu* no lah, kan ada tulis Daniel Powter tu
dia - tak lah. abang kata ini lagu katun chipmunk tu kan?
aku - entah lah. mummy tak ingat
dia - iyer lah. tak pe, nanti abang tunjuk mummy

dia pun sibuk cari cd alvin & the chipmunks tu. siap pasang. few minutes after that, keluarlah suara pelik si alvin tu menyanyi lagu bad day tu. in a cartoon voice version. dengan bangganya mat hensem pertama membuat pernyataan ini.
dia - haaa kan abang dah cakap ini lagu alvin
aku - ye lah. mummy pun cakap mummy tak ingat kan?
dia - abang PANDAI kan mummy? *sengih*
aku - iyer
*dalam hati, ALHAMDULILLAH, kamu memang anak yang PANDAI*

tiga,
bulan puasa ni banyak siaran orang baca Al - Quran. aku cuba ikut. macam siput! memang lambat terhegeh-hegeh. satu petang, aku duduk di kerusi sambil cuba membaca apa yang terpampang di tv. amat perlahan (tempo bacaan, bukan suara). mat hensem pertama duduk di lantai, lebih dekat dengan muka tv. dia dapat membaca lebih laju tulisan jawi itu.

dia - lambatnya mummy baca
aku - hhhmmm, mummy tak pandai baca sangat
dia - tipu! opah cakap dulu mummy kecik2 baca quran habis 3 kali (isks..mak aku ni)
aku - erkkk...tu lama dulu, sekarang tak lagi
dia - pergi lah masuk sekolah ABIM abang. nanti mummy boleh BIJAK macam abang. boleh baca laju2 semula
aku - *terkedu*
*dalam hati, ALHAMDULILLAH, kamu memang anak yang BIJAK*

empat,
aku lambat hari itu. dalam kelam kabut, aku hantar dia pergi sekolah abim sebab sekolah kebangsaan tengah bercuti sempena budak2 darjah 6 ambil UPSR. dalam situasi normal, selalunya dia siap salam, cium dan peluk aku sebelum gerak ke sekolah. tapi hari itu tidak. semasa aku hantar dia ke sekolah abim, dia terus menonong masuk pagar. memang diluar, budak2 tengah ramai. aku panggil dia.

aku - abang tak mau salam, hug n kiss mummy dulu ke?
dia - alaahhh, orang ramai lah ni mummy *sudah muka masam*
aku - so?
dia - abang kan dah besar mummy. abang MALU lah *dia hanya ambil tangan aku dan salam saja*
aku - hhhhmmmmm ye lah. dah lah, pergi masuk dalam cepat (rasa sedih betul)
dia - bye mummy
aku - bye
*dalam hati, tolong jangan besar terlalu cepat wahai anak*

untuk itu, kalau boleh, aku tak mahu tertinggal satu detik pun untuk bersama mereka. my precious moments.

Saturday, September 13, 2008

sumbang bila ditangan manusia yang mempunyai kedua belah tangan kiri

ini gitar aku. 90% hayatnya bersama aku lebih banyak masa yang aku simpan dia dalam almari baju. pada saat aku membelinya dua tahun dulu, aku memang bersemangat mahukan sesuatu kemahiran yang baru. ada orang kata, why dont you try baking or sewing. aku tenung muka dia lama2. dia ketawa dan kata, maaf, my bad suggestion. nasib kau faham.

aku jalan2 lalu singgah di rhapsody. aku tanya whats good for a gud lady who wants to start playing guitar. apek itu tengok muka aku, dia senyum dan kemudian gelak. aku tau lah aku sudah agak tua untuk ini semua apek oi. dia cadangkan beberapa buah. dari yang murah hingga lah yang mahal. aku ambil yang tengah2. i cant make a gud decision at that moment ok. he even suggested that i attend the classes that they conducted. aku beli gitar ini dan setuju untuk datang kelas.

TAPI,

apa cerita bila aku datang sekali, ramainya budak2 kecik dan remaja. aku terlalu tua untuk ini semua! sudahnya, membazir saja aku bayar untuk pendaftaran dan yuran sebulan.

maka, gitar itu duduk semula dalam almari baju aku sejak itu. tadi aku keluarkan. cuba petik ikut buku yang dibeli. sumbang sangat bunyinya. dan aku tidak tahu pun macam mana untuk tuning menatang ni!

aku frust ah macam gini!

p/s mei - do u want to start guitar class for people like me? (but,with minimal fee lah eh)

Friday, September 12, 2008

ok, sekarang, ini aku rasa adalah weird

emak ayah aku pernah pesan, selalu diingatkan pun sebenarnya. kami jangan lah buat benda2 yang bukan2, perangai yang pelik2, berkata2 ikut sedap etc. sekarang, aku rasa aku juga tidak boleh menaip mengikut kata hati aku sahaja. kenapa?, kamu mungkin mahu tahu. tak mahu pun tak mengapa. ini blog aku. suka hati aku lah nak cakap apa kan? aduhhh, lupa lagi pesan emak ayah.

perkara satu,

aku bercerita kepada kamu semua tentang nombor MAXIS prabayar yang agak menyusahkan aku itu kan? sekarang, apa aku perlu buat bila aku sudah missplaced nombor pascabayar yang diberi syarikat untuk digunakan bagi segala urusan rasmi ni? bila di telefon, ring tone ada. tapi haram aku dengar bunyi lagu yang dinyanyikan Deloris itu dimana - mana.

kesimpulannya,

aku terpaksa lah membuatkan telefon yang bernombor prabayar ini menjadi 'tidak bisu dan pekak' semula. ini sudah betul2 membuat aku stress. aku bukan ENCIK ZUL lah! mana nak jawap panggilan lain yang memang untuk aku lagi. TENSI!


perkara kedua,

aku cuba untuk 'bermesra' dengan kamu semua dengan nombor 666 itu kan? tahu apa jadi?




walaupun nombor itu bukan timbul di muka blog semasa aku login, tapi ia timbul di muka USER PROFILE bila aku ke sana.

ahhhh...ini creepy lah

aku patut lebih mengawal diri mungkin.

apa juga tentang MAK, IBU, UMMI, MAMA, MUMMY dan yang sewaktu dengannya boleh membuatkan air mata aku tumpah

aku dapat teaser iklan ni. katanya dari petronas. biasalah, iklan petronas kan syahdu syahdan selalunya.

serius, mata aku memang bergenang. the words, maksud aku script tu, amat lah menusuk kalbu aku. (ayat pun tak tau betul ke tak dah ni)


video

siapa dapat?

fuhhh...masa aku login blog tadi, counter sudah berada di 681.

siapa dapat 666 ni? (rujuk entry ini)

senyap je.

tak nak?

sekian :D

Thursday, September 11, 2008

kitar semula bukan sepatutnya untuk kebaikan di masa hadapan ke?

permasalahan orang macam aku ialah bila orang jaga duit di pejabat itu tidak dapat membuat pembayaran bil telefon selagi bilnya belum sampai. bukan tak boleh aku dulukan bayar, boleh saja, tapi nanti bila mahu tuntut semula, mulalah segala nombor nak diperiksa. itu pencerebohan terhadap privasi aku. tidak rela tahu tak!

akhirnya, sudah beberapa kali MAXIS yang cekap itu menyekat talian aku.

untuk saat2 kecemasan, aku pun pergi lah beli talian prabayar. MAXIS jugak, iaitu HOTLINK. tak serik2 mahu guna MAXIS kan? nombor pun cantik saja. 012 - xxyxyxy

TAPI!

apa ceritanya, asal telefon berbunyi saja si pemanggil itu minta mahu bercakap dengan Encik Zul? kalau SMS pulak, asik lah bertanya tentang tanah, galian, kontrak, kelulusan budget dll. apa tuh?

tak sabar2 betul MAXIS kitar semula nombor ye?

aku sudah seperti operator telefon pulak semenjak dua menjak ini

*sigh*

token of appreciation

ok, macam gini.

aku rasa blog aku ni tak de apa benda pun. banyak merapu je lebih. craps!

aku baru je letak counter tu tak silap 3 hari lepas. nampak macam laju jugak lah nombor tu bertambah.

makanya, aku mahu hargai kamu yang datang menjengah ke mari.

siapa hit nombor 666, sila claim hadiah kamu ye. tapi pandai2 lah sediakan evidence ok.

email pun aku dah letak, ym id pun aku dah letak dekat profile (sementara sehingga benda ini berakhir)

kenapa 666? sebab aku suka nombor 6. tu je. tak ada sebab lain. definately tidak berkaitan tentang omen juga.

next round kita buat utk 6666 pulak ok.

Wednesday, September 10, 2008

lelaki - lelaki yang boleh buat aku aman damai

aku bosan hari ni. otak macam susah nak function. kerja menimbun. aku carik playlist. aku pusing lagu diorang ni banyak kali. kalau lah lelaki2 ini semua ada depan mata aku, alangkah best nya. aku kasi gitar tong satu. aku buat macam juke box. nyanyi live depan aku ikut giliran ok. silakanlah ye!

pada sapa yang tak kenal, nama dia Jason Wade. kalau lah dia boleh lullaby kat telinga aku every nite, heaven beb! aku jeles sama bini dia lah!

ini Rob Thomas. i like him better in the group. Him singing Unwell making me 'unwell' too. haihhh....

kau tak kenal dia ni? meh sini aku slap satu kali. ini Jon of the Bonjovi. kalau emo2, banyak lagu boleh dengar. dan paling best, bila dia nyanyi n smile, mata dia jadi kecik. aku suka! damn! damn! damn!

pergghhh...mamat ni suara getar2 beb. bikin hati dengan jiwa aku bergetar gak ah dengar suara dia. dia nyanyi boleh serap aku dalam dimension lain lah. mana tempat pun boleh pegi punya. inilah Eddie Vedder!

aku buat satu kesilapan ah! maluuuuu! ini sebenarnya gambar AXL ROSE. bila aku browse semula entry ni, terus alamak! memalukan betul! apa dah aku taip tinggalkan cerita abt him. chehhh! no wonder someone mentioned abt him in the comment part. urggghhhh...malu! malu! malu!

(ini baru gamba dia yg betul! sengal!!!!) *patut knock ur head lah*

patutnya mamat ni duduk kat senarai atas2 tu. tapi sebab dia dah kojol, aku tetiap kali dengar lagu dia, goose bumps keluar, bulu roma kat tangan ngan tengkuk diri ah! kadang aku rasa macam dia duk sebelah je tumpang dengar. owhh mr. cobain, please dont do this to me. i still wanna hear your voice at nite.

dah, jangan tanya aku takde penyanyi dari malaysia ke yang aku suka. karang aku jawab herman tino ke, aman shah ke, malik ridzuwan ke, ramli sarip ke, jamal abdillah ke (ni semua bapak aku suka ok!) korang gelak kan aku pulak.

ada lah few, tapi tidak lah sampai nak termimpi2 bawak tidur suara diorang ni. among them, amy search, tam spider, andy flop poppy. owhh and the latest one, faizal tahir. bolehhhh lahhhh

*nota kecik - rasanya aku orang yang macam mana ye? :D*

Tuesday, September 9, 2008

do i grow horns on my head?

mendapat tag dari apek (yang bukan mata sepet) terror (memang dia terror, terror perasan!). kasi kerja senarai 15 perkara pelik tentang aku. apa ni beb....ini cara halus nak berkenalan dengan lebih rapat ke haper ni? hehehehe, kan aku pulak yang dah terperasan.

ok, let me see if i can do it or not. banyak tu, sampai 15. aku tak jumpa lagi dalam kotak otak aku ni apa benda yang pelik dgn aku ni. haihhhh

apa aku list kat sini tak pelik pun sebenarnya. lantak lah situ, kasi penuhkan list je.

1. aku suka kicap dgn tauhu, tapi aku tak makan tempe dan tak minum air soya bean. ada orang pernah tipu aku, minum air soya, situ jugak aku muntah keluarkan segala yang aku makan sebelum tu.

2. aku suka tembikai merah ngan kuning, tapi aku tak suka tembikai susu (honey dew). boleh trigger aku untuk muntah jugak.

3. aku benci warna PINK, tapi kalau aku berpakaian PINK, orang akan kata aku nampak lebih sweet dan keperempuanan. hamjadah!

4. aku beli gitar. tapi aku tak belajar main pun. ada tu simpan dalam almari. isks *perlu cikgu gitar ni*

5. aku tak suka drive kereta auto. tak mencabar langsung!

6. dulu aku tak makan carrot. tapi lepas aku jadi rabun, aku start makan walaupun benda tu tak sedap. apesal aku punya rabun still ada lagi nih?

7. aku pernah beli kasut adidas n converse kat KIDS section dulu. kena ejek ngan budak2 laki. ellehh jeles lah tu aku bayar lagi murah kan?

8. BM aku masa SPM A1 beb...sorang je pulak tu utk satu sekolah tahun tu. budak2 kelas sastera bengkek je ngan aku gamaknya. tapi aku sampai hari ni rasa penanda kertas aku tu kesian kat aku sebab aku letak "tolonglah saya cikgu, janganlah gagalkan saya, saya mahu masuk universiti nanti"...hahaha, amacam? ada bijak?

9. aku benci nombor2. nombor tepon sendiri pun terkial-kial nak menyebut

10. lagi cerita nombor2. aku kalau TERPAKSA mengingat nombor2, aku ingat dalam english. cepat dan ringkas sikit. tapi aku pernah kena sound dgn perempuan MAXIS, tak boleh ke sebut nombor ic u tu dalam bahse melayu, kata dia. bangsat kan? aku baca ikut bahse urdu kang nak? *aku bukan reti urdu pun*

11. aku ada banyak sangat kaum adam dalam hidup aku. adik beradik semua laki kecuali aku. cousins, yg adik beradik 9, pompuan nya 2 je. yang adik beradik 7, pompuannya sorang je. sampaikan ke anak pun dedua lelaki. jadi, salah aku ke kalau aku kurang gemalai eh?

12. aku tak suka penyanyi pompuan yang dari kuala lipis tu (nama pun aku tak sanggup nak taip ni). over rated. tak de la sedap mana pun. *org lepih jgn marah aaa*

13. lagu omputeh pertama yang aku boleh nyanyi lengkap satu lagu (hafal lah tu!) ialah lagu sekolah aku masa aku masuk form 1...iyer, aku memang bodoh english masa aku kecik2. apa tak nya, cikgu tu ngajar I ialah untuk saya, U ialah untuk awak, They ialah untuk mereka etc...jadinya kalau BI je, aku jadi huru hara

14. aduihhh...apa lagi ni. dah dekat sejam aku mendraft menda ni.
ahhh ada dah...aku tak pernah ada line handphone sendiri. sejak mula keja, its provided. mulanya dengan boss tak dapat carik aku masa aku pegi cuti (tak jauh pun, cameron je). balik cuti, HR panggil kasik h/p ngan nombor. chehh! menyusahkan.

15. ahhh yang ini, paling tak best sekali rasanya. aku tak suka kalau orang yang aku suka or have crush with, respond or has interest in me too. wajib aku reverse, gostan, pusing balik, lari etc. potong betul kalau gitu. ini, aku akui memang agak pelik. ramai dah pun orang yang sound aku about this.

dah, aku tak mau tag sesapa. bulan2 puasa ni orang jadik kurang productive. kalo suruh buat keje muncung boleh sangkut hanger je masing2. tapi sesapa nak buat, ala2 konon boleh berkenalan lebih rapat lagi ni, silakan lah ye. amat dialu-alukan ok....

sekian, terima kasih.

p/s apek...setel aaaa

mari berkenalan - siri 2

ehh ok lah enuf. im not being myself when im venting.

ok, mari kita berkenalan lagi. ingat tentang membeli robot jepun di pasar malam hari tu? baru aku tau rupanya robot BIDAMAN tu memang ada kartunnya di tv eh.

bila mereka menjadi DIKTATOR TV pada hari cuti, aku terpaksalah mengikut saja. tak dapat tengok, dengar saja lah. tapi apa jadah cerita robot pun mahu dialih suara ni? biar je lah dengan suara asal nya kan? hishhh tak paham aku dengan tv kat malaysia ni.

maka dengan ini, memperkenalkan robot BIDAMAN yang tadi aku tanya mana perginya kerna dah lama tak nampak, jawabnya ENTAH!...apa kata aku sebat mereka? hehehe....tak pernah buat tu weihhhhh.

setiap robot ni disertakan dengan 3 bijik guli. untuk apa entah aku pun tak tahu. hari kedua dah tinggal sebijik sorang je. haihhh...budak lelaki kalau toys, buat perabih duit je lah gamaknya.


~yang ini si abang punya. dia ada cakap nama benda ni kat kartun tu, tapi aku tak ingat lah~


~yang ini, si adik punya. sama, aku tak ingat pe namanya. hah! tu contoh duit syiling kat kaki dia tu.... hahahaha (mummy gelak evil)~

nota - gambar tu semua mereka yang snap guna h/p aku masa balik2 je dari pasar malam time tu. dah naik bersarang dalam h/p baru aku keluarkan hari ni sebab nak buat entry ni :P

Monday, September 8, 2008

p.u.k.e

am sorry u guys n gals
for here i'm venting.
ignore if u may

**************************

i'm not your slave
not in any way
what so ever

what were u thinking?
you bought me?
that i'm owned by you?

and please i am begging
please tell them
do not ever again
questioned where my earnings gone
for if i'd ever tell
it is you who will be ashamed

please
do not test me again
ever

for i myself
do not know
why am i holding on
and how much longer
before i erupt

*finish*

Sunday, September 7, 2008

sungguh berharga betul duit itu! :))

dah petang ni, aku perintah mat hensem berdua pergi mandi. aku di dapur. mereka tengah bergurau senda di depan bilik air. rasanya sambil membuka pakaian kerna si abang ada menjerit bertanya baju kotor nak masuk bakul mana.

tak lama kemudian,

si kecik - mmyyy, nah ambik duit syiling ni
aku - kasi kat daddy tu lah (jerit je dari dapur)
si kecik - ambik lah ni (jerit jugak)
aku - mummy sibuk lah

*senyap*

kemudian,
si kecik - mmyy, nah lah duit syiling ni. penat yish kopek tadi tau (dia datang pada aku dalam keadaan butt naked) + (imagine, tangan menghulur sesuatu yang tidak nampak dimata)
aku - hahahahahaha (gelak besar), ya Allah! bertuah punya anak!

encik suami - nak kena tangkap dia ni. gigit dia jom!

what would u guys/gals do eh? :))

benda - benda comel yang aku tak kisah kalau mereka buat

korang pernah tengok katun WONDERPET tak? kat tv9. mat hensem berdua macam biasalah. bertukar menjadi diktator tv kalau cuti2 ni.

ada yellow bird, rabbit, green tortoise (tak silap)

every week, yang dibantu different animals.

minggu ni mereka bantu anak chimpanzee yang sesat di angkasa (how that happened, dont ask me, i dunno).

they were singing,

ming ming, apa tu?
itu meteorrrr
*
anak chimpanzee
kami dah datang
*
itu bunyi apa
itu enjin dah mati
kita ada masalah
*

untuk hari ini ending cerita macam gini lagu dia,

wonder pet, wonder pet
kami datang
membantu anak chimpanzee
yang kesusahan
kami tak besar
dan kami tak kuat
bila berkerjasama
semua jadi mudah
yeahhhhh
WONDERPET!

sangat comelllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll :))

* denotes aku tak ingat lepas tu apa diorang nyanyi

tak lama lepas tu,

"mummyyy
abang nak duo
letak susu"

dia nyanyi ikut tune lagu wonderpet itu! haihhhhh

aku gelak sambil ke dapur prepare duo letak susu

Saturday, September 6, 2008

TAG senyum sengih lebar



hhmmm...aku dapat anugerah TAG lagi. kali ini dari one person that i used to know wayyyyyyyyyyyy back then (dinasour years ago). terima kasih lah ye encik CM.

rasanya tag ni tak ada kena buat apa2 yang pelik2. just copy paste gamba ni letak dalam blog sendiri. tapi seperti biasa lah, kena hand over batton pada bloggers lain. makanya, aku TAG kamu SEMUA SEKALI yang ada dalam senarai MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI dan LELAKI - LELAKI KEBERET yang ada kat tepi blog aku ni.

p/s mei, u r excused, but if u want it too, by all means pls do so :D

aku tak paksa korang buat. tapi kalau ada gamba sengih lebar ni kat blog korang, macam meriah sikit lah ye tak?

help urself lah ye :D

aku kah yang terlebih peka, atau mereka yang terlebih mementingkan pulangan lumayan

aku memang bukan seorang yang judgemental. tidak kepada manusia, keadaan, kejadian atau apa-apa pun lah. tapi, aku seorang yang agak peka pada keadaan sekeliling aku. sebenarnya, bukan agak, tapi amat peka.

bila aku cakap aku tak tengok sangat cerita melayu, baik drama atau filem, kecuali yang aku pasti memang ianya menarik perhatian dan tidak stereotype, barulah aku akan tonton, bukan lah aku saja suka2 tak mahu menonton. cuma aku cuba untuk mengelakkan diri dari mengatakan seseorang itu bodoh. ya, aku memang cepat dapat mengesan kesilapan (kalau kita boleh cakap itu kesilapan lah kan) yang ada dalam pengkisahan itu.

selalunya (most of the times infact), cerita atau drama melayu yang ditonton adalah mengikut selera mat2 hensem berdua. hari jumaat ni, apa lagi. cerita SARJAN MISAI lah. hahaha cuba korang teka cerita apa. aku memang cukup menyampah. tapi sebab dah mereka suka cerita kePOLISian ini, aku mengalah. lagipun di sarang merpati aku ni, kotak bodoh yang landai dan rata bersaiz besar hanya ada satu sahaja (tak macam satu mamat bangang yang berlagak cakap kat rumah dia ada 5 bijik kotak bodoh tipis yang bersaiz 32 inci..berlagak!, bangang!, bodoh!)

aku melipat baju yang setimbun. ini weekly ritual. telinga mendengar

polis 1 - pihak hospital telah mengesahkan awin mengandung 3 bulan
perempuan 1 - haaa..kan saya dah cakap dia bukan perempuan baik..bla bla bla
polis 2 - kami juga telah mendapat pengakuan awin yang suami puan telah merogol dia sebanyak 12 kali selama 2 bulan ini

aku - heh! kalau 12 kali selama dua bulan, macam mana pulak boleh mengandung 3 bulan? ada dialog yang tersirat ke ni? tolong lah. script writer kalau mau cerita benda2 yang tersirat, jangan menyusahkan aku berfikir.

cerita SARJAN MISAI pun habis. sambung cerita lain pulak. pun pilihan (sudah macam perintah pun) mat2 hensem jugak. tajuk kemBONG. hehehe (jahat aku suka2 tukar tajuk)

bong - chah puasa tak ni?
chah - chah uzur lah bong

aku - woiiiiii...apa ke bangang nya ni? si chah tu budak kecik lah ok. agak2 la pun kalau nak buat dialog lawak bangang...aduiiiiii...

kan aku dah cakap. malas aku nak mencarut. bulan ramadhan ni

sendiri lah pikir.

Friday, September 5, 2008

puasa di mata mereka sungguh lah membuat aku sayu dan tertawa sekaligus

aku, walau segarang mana pun orang kata, adalah seorang mummy yang sangat baik hati. ini kenyataan. tolong jangan siapa2 pun nafikan. :))

kepada kedua mat hensem, aku bekalkan air sebagai contingency plan di bulan puasa ni. si abang hanya mau AIR MASAK, yang tenonet pulak AIR RIBENA, mengikut kehendak tekak mereka sendiri lah. awal pagi memang dipesan untuk berpuasa.

semalam semasa mengambil si abang,

dia - abang minum air la mummy, dah tak puasa dah kan?
aku - laaaa...abis tu makan ke tak?
dia - tak lah, mana ada makanan kat sekolah, kat sekolah abim pun ustazah mana ada masak
aku - hhhmm..kesian nya, abis tu lapar lah ni?
dia - ahah, penat lagi. abang kira puasa lagi kan mummy?
aku - hehehe..dah minum mana kira puasa lagi la
dia - alaaaa....kira lah...abg minum air masak je laaaaaaa (buat muka penyek)
aku - ye lah..ye lah (tau, nak kira sebab nak dapat duit raya full)

si tenonet lain pulak ceritanya semalam. dia masuk2 saja rumah terus meluru peluk aku, meleseh2 sikit dan memberi kata2 ini.

dia - mmyyyy, yish tak minum air, tapi tadi cikgu buatkan yish roti bakar
aku - *gelak dulu* hah? apa pasal pulak?
dia - yish tak haus, tapi perut yish bunyi2, lapar, sakit. cikgu kesian
aku - ye lah tu. pukul berapa cikgu kasi roti?
dia - tengahari, lepas habis sekolah. sebelum tidur
aku - dah, nanti jangan kacau mummy ngan daddy buka tau
dia - tak boleh!...yish nak buka jugak...yish nak makan kuih jugak...bukan yish yg nak makan tadi. perut yish yg nak makan *dia dah start jerit2*
aku - hahahaha...tak sama ke perut yish yg nak makan dengan yish yang nak makan?
dia - takkkkkk *sambil terus jalan pegi carik toys dia*

aku pegi tengok dalam beg dia, memang masih full lagi tak luak pun air ribena tu.

end up,
dua2 makan ayam goreng yg encik suami goreng, pada jam 6 petang sambil tengok tv. siap goda aku pulak tu, tayang2 depan mata. haihhhh...aku gigit dua2 karang baru tau.

aku, tengok sajalah :))


*ini gambar mereka masa raya beberapa tahun lepas, 2004 tak silap*

Thursday, September 4, 2008

bukan lah penyebab papa kedana, tapi kalau kena hari2 di darab dengan dua, mau jugak 'makan angin' saja di akhir bulan nanti

membaca entry che'gu ojie yang ini mengingatkan aku pada benda alah yang sedang IN di mata kedua mat hensem aku. kalau boleh hari2 mau. asik keje menipu je lah aku, cakap dah habis kat kedai. ramai orang beli. tapi ni dah bulan ramadhan, tak boleh nak tipu dah. haihhh

nama nya kinder joy. memang sesuai betul lah dengan namanya. asal dapat saja, bersorak lah mereka kegembiraan. harga sebiji beza ikut tempat, tapi dalam lingkungan 3.50 ke 3.80 satu. kalau beli, mesti kena 2 bijik sekali. ada hari yg agak 'malang', kena beli sekali 4 bijik. kira lah sendiri eh, aku bab2 nombor ni malas.

apa ada dalam tu?

tengok gambar tu. ada 2 ketul bebola coklat tu dengan white chocholate as coatings. dalam tu ada jugak macam2 jenis permainan yang kalau ikut nama SD Card, kita panggil size micro. giler kecik. kalau sepah2 dan aku terpijak, mula lah aku bertempik. mau saja aku campak dan humban dalam tong sampah.

korang rasa worth it tak? aku rasa worth it sebab senyum ceria gelak tawa mat2 hensem aku adalah priceless.

tapi aku ada gak cakap dalam hati, harap2 tak lama lah kinder bueno produce menatang telur ni. hujung tahun stop production ke, mana tau kan? hehehehe


Wednesday, September 3, 2008

tak perlu mencantas kening, berambut karat, menayangkan lurah, berskimpy outfits dll.....

sila tengok gambar2.

mereka orang2 yang aku sayang, aku ambil berat, aku kasih, aku bergaduh, aku pujuk, pendek kata segalanya lah.

kawan, tak perlu banyak. tapi cukup untuk kamu boleh buat segala benda dan tidak peduli dunia asing diluar ruang kamu itu.

owhhhh lupa pulak, tajuk entry itu disambung dengan ayat "tapi kami tetap gadis2 hawt di ketika itu"...cukup vain? ada aku peduli? not in a gazellion years! :))




*mampos aku ni if any of them stumble upon this blog*


aku bukan lah berbakat sangat, suka2 saja sebab nak baju cantik konon nya :))

cuba tengok kaum2 ni semua. berlatih punya lah siksa. terbalas lelah menjadi juara.

tapi, ini cerita dahulu


Tuesday, September 2, 2008

its his official 6 years of existence in this world

its danish's birthday today. apart from being a very inquisitive and talkative boy, i am blessed with all of his actions that though sometimes hillariously funny, its also driving my nerves up upon the wall. still fresh in my mind the agony of going thru a twelve hours labour to bring him to this world.

ahhh maut ah bebel omputeh. ni ah penangan duduk dalam bilik penuh dengan mat n minah salleh seharian.

tadi malam, tak boleh la siang kan pasal kita semua puasa beb, kitorang berempat pergi makan kat chilis. melayan tekak aku, sekali layan danish punya 6th birthday.

erkkk, birthday present utk tahun ini adalah JAM FLIK FLAK SWATCH. and off course tak boleh beli satu. kena beli 2 for both boys. ni ah dia! nasib anak aku dua orang tu je tau.

korang layan gambar ah k...

* muka penuh perasaan menghadap makanan *


* mempersembahkan makanan berbuka puasa hari ini mengikut tekak orang putih *

* yang kartun road runner tu danish punya, batman daniel punya *

aku memang benci sama kutu!

urgghhh...ini bukan tentang kutu kat kepala, bukan juga kutu yang kumpul duit tu. jauh sekali tentang kutu jalan, kutu rayau atau kutu berahak!

ini tentang kutu tiket bas yang macam haram menyusahkan hidup aku. bodoh betul!

WAHAI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU, TOLONG LAH JANGAN TIDUR JE! BUAT SESUATU TENTANG KUTU2 TIKET BAS DI LARKIN ITU!

apa cerita kat kaunter tiket bas dah habis, tapi kat luar tu merayap macam2 jenis kutu yang menjerit2 tiket kl sekarang! tiket seremban sekarang!

dah lah tu, 35inggit tak kira orang tua ke budak2. kalau 140inggit aku kena bayar semata nak naik bas, ini sudah melampau. bangsat ah kutu2 semua. pegi mampus cepat lah! go die!

nasib lah aku ni naik bas balik sini dari johor bahru tu 8 tahun sekali